Thursday, 6 June 2013

SUMBANGAN PEMIMPIN TUNKU ABDUL RAHMAN



   Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj ( Bapa Kemerdekaan ) PERDANA MENTERI MALAYSIA - Pertama Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dilahirkan pada 8 Febuari 1903 di Alor Setar, Kedah. Baginda merupakan anak ketujuh Sultan Kedah yang ke 24 iaitu Sultan Abdul Hamid Shah. Bonda Tunku bernama Manjalara. Beliau semasa kecil dibesarkan di Istana Kota Lama atau lebih dikenali sebagai Istana Tiga Tangga. Walaupun beliau dari keluarga diRaja namun jiwa rakyatnya tumbuh subur dan beliau lebih gemar berkawan dengan rakyat jelata. Tunku mendapat pendidikan awal di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Antara guru beliau ialah Cikgu Mohamad bin Iskandar ( Bapa Tun Mahathir Muhammed ) dan Cikgu Hassan. Semasa beliau berusia 13 tahun beliau menyambung pelajaran di Sekolah Debsirindir, Bangkok. Di sekolah ini beliau mendalami Bahasa Siam dan juga Bahasa Inggeris. Di Bangkok beliau tinggal dengan ayah saudaranya iaitu Tunku Yusoff. Pada tahun 1916, apabila Tunku Yusoff meninggal dunia beliau mengambil keputusan untuk pulang ke Alor Setar, Kedah. Kemudiannya menyambung pelajaran di Penang Free School. Antara guru beliau ialah En. Goh, Mr Hamilton, Mr. Davies, Mr Butler dan Mr. Star. Setelah tamat dengan jayanya beliau melanjutkan pelajaran ke St. Catherine College tahun 1920 dari Cambridge University di England dari tahun 1922-1923. Di England, beliau bersama-sama sahabatnya iaitu Tuanku Abdul Rahman (YDPA Pertama) menubuhkan Malay Society of Great Britain. Baginda merupakan setiausaha pertama persatuan tersebut. ( Yusof Hashim. 1986:20 ) Pada tahun 1931 beliau kembali ke Tanah Melayu dan menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah Kulim dan kemudian dipindahkan ke Kuala Nerang. Pada tahun 1933 Tunku dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah Kulim. Kemudian dipindahkan ke Pulau Langkawi dengan jawatan yang sama iaitu Pegawai Daerah pulau Langkawi. Tanggungjawab sebagai Pegawai Daerah membuatkan beliau dekat dengan rakyat jelata khususnya peninjauan hidup masyarakat yang serba dalam keadaan daif. Tunku berasa sungguh insaf melihatkan bangsa sendiri insaf melihatkan bangsa sendiri hidup dalam keadaan mundur dan miskin. Tahun 1931 baginda menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwani gadis cina berketurunan siam bernama Meriam setelah memeluk islam. Perkahwinan mereka ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Tunku Khatijah dan Tunku Ahmad Nerang. Namun jodohnya tidak panjang kerana isteri kesayangannya meninggal dunia kerana mengidap penyakit malaria. Pada tahun 1939 baginda mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Sharifah Rodziah dan kekal hingga ke akhir hayat. Beliau meninggal dunia ketika berusia 87 tahun iaitu pada 10 Disember 1990 dan dikebumikan di Makam Diraja, Langgar. Sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (31 Ogos 1957 – 22 September 1970 ).
   
   Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan” adalah orang yang bertanggungjawab berusaha memerdekakan Tanah Melayu dari cengkaman Pihak penjajah terutama pihak British. Tanggal 31 Ogos 1957, tepat pukul 12.00 malam, Tunku Abdul Rahman melaungkan ungkapan “Merdeka” dan diikuti keesokan harinya laungan “Merdeka” dilaungkan sekali lagi sebanyak 7 kali di Stadium Merdeka. Seluruh rakyat Malaysia berbangga dan berasa sebak di atas kurniaan kemerdekaan ini setelah hidup dalam penjajahan selama 450 tahun. Kembara Di dalam Politik Pengunduran Dato’ Onn Jaafar dari Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR/UMNO) telah memberikan ruang yang secukupnya untuk Tunku Abdul Rahman memperlihatkan kepimpinan yang dinamik dan halatuju kepimpinan melayu ke arah yang lebih jelas dan terbuka. Tugas sebagai pegawai daerah banyak mendidik beliau untuk menjad seorang politikus melayu yang prihatin dengan perjuangan membela nasib bangsa melayu. Lantaran itu apabila beliau mengambil alih jawatan Presiden Umno pada tahun 1951 telah memeberikan baginda kesempatan yang baik untuk memperjuangkan nasib bangsa melayu yang dilihatnya sebagai salah satu bangsa yang ketinggalan dalam semua lapangan kehidupan. Pada Pasca merdeka, kerajaan Perikatan di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah mengusulkan pembentukan Gagasan Malaysia pada tahun 1961. Pembentukan Malaysia yang mengabungkan Semenanjung Tanah Melayu, singapura, Borneo Utara (Sabah) Brunei dan Sarawak telah ditentang oleh Dr. Burhanuddin dan tokoh-tokoh radikal yang lain seperti Ahmad Boestamam, Prof. Zulkifli Muhammad dan Dato’ Onn yang turut berada dalam Dewan Rakyat. Sebagai contoh Dr. Burhanudin menegaskan di Dewan Rakyat bahawa konsep Malaysia yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan haruslah berpaksikan kepada Konsep Melayu Raya. Pada 29 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah melancarkan cadangan penyatuan negeri-negeri Melayu di Singapura. Cadangan yang dikemukakan oleh Tunku ini kemudiannya mendapat sambutan yang menggalakkan dan seterusnya mendapat liputan akhbar-akhbar dalam dan luar Negara dengan meluasnya. Bukan setakat cadangan sahaja tetapi diikuti dengan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Setiakawan ‘Melayu Raya’ yang dianggotai negeri-negeri seperti Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei yang dipengerusikan Donald Stephens. Kegiatan Islam Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya. Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951. Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusus di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988. Sumbangan Tunku kepada dunia tidak terlalu besar dan meluas memandangkan beliau banyak menaburkan bakti dan berjasa kepada rakyat tempatan dalam usaha untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajah. Tun Abdul Razak Hussein ( Bapa Pembangunan ) PERDANA MENTERI MALAYSIA – Kedua.

No comments:

Post a Comment